Hilangnya seorang jaguh Melayu

Takziah di ucapkan kepada keluarga ‘Jaguh pecut Malaya’ antara 1949 dan 1954, Sidique Ali Merican yang berbangsa Melayu yang telah kembali ke Rahmatullah akibat serangan angin ahmar di kediamannya di Petaling Jaya malam tadi.

Pemergian Allahyarham disifatkan satu kehilangan besar kepada Negara, ini kerana Enam dekad lepas, Allahyarham telah dinobatkan raja pecut Malaysia, ketika itu dipanggil Malaya. Ini berikutan kejayaan beliau mencatatkan masa 10.3 saat dengan hanya berkaki ayam dalam acara 100 ela (acara pecut ketika itu yang kemudian digantikan dengan acara 100 meter) pada satu kejohanan di Kota Bharu.

Allahyarham Sidique, 79, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan meninggalkan seorang balu, Fatimah Shariff dan dua anak lelaki, Dr Ezlan dan Shazman.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunku, di Petaling Jaya, selepas solat Zohor. Bagaimanapun kejayaan Sidique yang paling mengagumkan ialah muncul rakyat Malaysia pertama yang berjaya melakukan catatan di bawah 10 saat bagi acara 100 ela pada 1952. Ini juga merupakan sesuatu yang membanggakan bagi bangsa Melayu.

Catatan 9.8s ini telah dilakukannya pada satu kejohanan antara universiti di Britain ketika melanjutkan pelajaran di Kolej Loughborough. Ini juga membuktikan berjaya dalam sukan dan pelajaran dalam masa yang sama boleh dilakukan…Melayu Boleh.

Setelah tidak lagi aktif dalam lumba lari, Sidique kemudian beralih menjadi pentadbir sukan dengan jawatan tertingginya dalam kerajaan selaku Pengarah Sukan di Kementerian Belia dan Sukan pada 1981.
Selain itu, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik di Montreal (1976), Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan Komanwel di Edmonton (1978) dan Setiausaha Penganjur bagi Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977.

Allahyarham Sidique juga pernah menjadi Penolong Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dari 1974 hingga 1986.

Syabas untuk beliau kerana membuktikan orang melayu boleh berjaya dalam apa saja bidang, dan rasanya wajar dianugerahkan pingat sempena sumbangan beliau dalam sukan tanah air.

Alfatihah untuk beliau.

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: